Wednesday 24 October 2012



HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Wednesday 3 October 2012

















BERSAMA-SAMA KITA BERDOA SERTA PASANGKAN NIAT UNTUK KE SANA KELAK... MUDAH-MUDAHAN AMIN... LAWATI http://www.tabunghaji.gov.my/

Saturday 11 August 2012

Sunday 5 August 2012

PEMBELAJARAN SECARA FLASH UNTUK TAHUN 1 DAN 2. SELAMAT BELAJAR..

Monday 2 July 2012


CORETAN BLOGGER....



     Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi...dipanjangkan usia ini untuk melihat keindahan alam ciptaan yang maha esa. Terima kasih..terima kasih..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung memberi dorongan kepada diri ini untuk menghasilkan blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada en.suami, mak, abah, keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar & guru...

Berguna hidup kerana beradat
Adat lembaga jadi pakaian
Sempurna hidup kerana syahadat
Syahadat dijaga mengukuhkan iman..

Adat mati dikandung tanah
Dunia tinggal harta pun tinggal
Selamat mati mengandung ibadah
Banyak amal banyak bekal..

Adat orang berjalan malam
Adat suluh jadi pedoman
Adat orang beragama islam
Adat petunjuk menerangi iman..