.................................................................................. Nota pembelajaran Tahun 6 Sekolah-Sekolah Srai Negeri Selangor Darul Ehsan ..................................................................................
- Pada bahasa : bersih dan suci. -Pada syarak: kadar tertentu daripada harta yang wajib diberikan kepada asnaf dengan beberapa syarat tertentu.
HUKUM
- Wajib ke atas tiap-tiap orang islam yang cukup syarat-syaratnya.
SYARAT WAJIB ZAKAT
- Islam - Merdaheka - Cukup haul - Harta miliknya - Cukup nisab - Mempunyai harta yang lebih dari keperluan diri dan keluarga
BAHAGIAN ZAKAT
- Zakat fitrah - Zakat harta
ZAKAT FITRAH
- Iaitu mengeluarkan makanan asasi untuk diberikan kepada golongan tertentu dengan sebab tamat bulan ramadhan pada tiap-tiap tahun
- Kadar bayaran mengikut cara asal 1 gantang baghdad makanan asas sesuatu tempat beras atau gandum atau mengikut sukatan / timbangan 2.27 kilogram beras bersamaan kadar nilai wang semasa.
ZAKAT HARTA
- Iaitu mengeluarkan sebahagian harta kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya.
JENIS ZAKAT HARTA
- Emas dan perak - Mata wang yang disimpan - Pendapatan dan gaji - Galian seperti bijih timah, besi, petroleum dan sebagainya - Perniagaan - Hasil pertanian dan buah-buahan - Harta rikaz seperti emas dan perak - Hasil binatang ternakan seperti unta, lembu dan kambing