PETA KONSEP
PENGERTIAN PUASA
Imam Abu
Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu
kepada 3 tingkatan:
1. Puasanya
orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang
membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasanya
orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan
seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3. Puasanya
orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut
berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.
Pembahagian
di atas memberikan umat islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat menakah
mereka berada.
Hukum Berpuasa:
Berpuasa
pada bulan ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini
diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah.
Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib
ialah puasa kifarah dan puasa nazar.
Dalil Kewajipan Berpuasa:
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat
yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah :
183)"
Rukun-rukun Puasa ada dua
iaitu:
a. Niat
Niat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih
utama lagi bila ia di lafazkan. Hadis Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan
niat”
Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum
fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti puasa bulan ramadhan, qadha puasa,
puasa nazar atau puasa kafarat.
Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur
untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini
adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi
s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar,
maka tidak ada puasa baginya.”
Lafaz niat
Puasa ialah :
b. Menahan diri
Iaitu menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa